×

Notis

Tidak dapat mulakan sistem mel.

Latar Belakang Akedemi Quranis

 

Akedemi QurAnis Al-Mubarak AQM merupakan pusat Pengajian Al-Quran dan Tahsin ibadah yang pertama di Negeri Sabah dan juga yang pertama di Malaysia sebagai pusat pengajian Al-Quran untuk golongan orang kelainan upaya OKU beroperasi di masjid.

Akedemi Quranis Al-Mubarak AQM mula beroperasi pada 19.09.2016 dan dirasmikan pada 02.10.2016 oleh YB datuk Jainab binti DSP Hj. Ahmad Ayid Menteri Pembangunan masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Bersempena Karnival Hijah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 2016. Pada ketika itu seramai 6 murid telah didaftarkan sebagai pelajar AQM yang terdiri murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh dua orang guru sukarelawan iaitu Cik Nurul Azmina binti Yatau dan Cik Suriati binti Rudin sementara pengurus Akedemi adalah Tuan Haji Ahmad Sabari bin Kamari mantan Ketua Sektor - Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Akedemi QurAnis Al-Mubarak AQM adalah cetusan Idea YBhg Datuk Haji Ab Jamal bin Tun DSP Hj. (DR) Sakaran pengerusi Masjid Bandaraya kota Kinabalu hasil dari menghadiri Seminar Quranis pada 23 & 24 Julai 2016 anjuran Yayasan FAQEH dengan kerjasama USIM.

Akedemi berkonsepkan pusat khidmat komuniti dengan menggunakan kurikulum DINI QurANIS yang dibangunkan oleh Yayasan FAQEH yang mana pencapaian pembelajar berdasarkan keupayaan deria yang dimiliki oleh murid masing - masing.