Matlamat Penubuhan Madrasah Al-Mubarak

 

MATLAMAT

 

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selaku lambang masjid utama di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu dan kedua dikenali selepas Masjid Negeri dan lambang kepada aktiviti dakwah masyarakat setempat serta penerus kepada kegemilangan tamadun dan kebangkitan syiar dan ilmu islam di masa lampau dan pemandu serta penyuluh kepada masa depan harus memainkan peranannya bukan hanya sebagai tempat solat sahaja tetapi sebagai sebuah intstitusi dakwah islamiah dan pusat masyarakat yang cemerlang di dalam pelbagai bidang yang menjurus kepada peningkatan perkembangan dan kemajuan syiar islam serta menbantu dan bekerjasama dengan MUIS, JHEAINS, dan JAKIM untuk mengangkat martabat syiar islam.

 

Selain memberikan kelas dan ceramah kepada umat islam yang dewasa pada sebelah malam selepas solat magrhrib dan kursus-kursus serta aktiviti-aktiviti lain maka penubuhan madrasah ini sebagai pelengkap kepada aktiviti dakwah untuk seluruh umat islam iaitu kepada generasi muda yang sememangnya tugas penting di dalam melahirkan anak-anak soleh, beriman, berilmu, bertakwa, berahklak mulia dan yang paling mustahak adalah sebagai penerus dan pembela kepada perjuangan di dalam meningkatkan syiar islam bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan] ahkirat sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH SWT dan di contohkan oleh nabi Muhammad SAW serta seiring dan menyahut wawasan Negara 2020 iaitu menjadi umat islam yang beriman ,bertakwa, maju dan dihormati serta “ CEMERLANG DUNIA AKHIRAT ”.